| Profil Sekolah |
|
|
|
| Written by Webmaster | |
| Thursday, 19 August 2004 | |
|
![]()
Assalamualaikum,
Bersyukur ke hadrat Allat S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat kita bertemu pada sesi persekolahan 2010 bagi meneruskan perjuangan melahirkan modal insan selaras dengan aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri Perak "Komuniti Berilmu Perak Terbilang".
Pada tahun 2009, SK Taman Jana telah berjaya meninggallkan banyak kenangan dan kejayaan atas usaha semua warga sekolah. Sehubungan dengan itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua barisan pengurusan sekolah, guru-guru, staf sokongan dan pekerja swasta kerana telah membantu dalam menguruskan sekolah dengan cekap dan berkesan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah tekun dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan semua tanggungjawab yang di amanahkan.
Pada tahun 2010 ini kita akan mengharungi cabaran terbaru. Visi dan Misi kita untuk menjadikan sekolah yang cemerlang dalam Daerah Larut Matang & Selamatelah tercapai. Kita adalah dalam kelompok '10 Sekolah Terbaik' dalam daerah kita. Kini sasaran Visi dan Misi kita untuk tempoh lima tahun akan datang sehingga 2015 adalah untuk menjadi 'Sekolah Terbilang Dalam Negeri Perak'.
Sasaran Visi untuk menjadi Sekolah Terbilang Dalam Negeri Perak pada 2015 bukan mustahil untuk dicapai. SK Taman Jana yang baru berusia tujuh tahun enam bulan telah menunjukkan potensinya. Warga SK Taman Jana telah menunjukkan yang anggotanya adalah terdiri dari kalangan yang tekun, rajin, bermotivasi, bersemangat tinggi, proaktif dan enigmatik dengan kerjasama yang erat, kesungguhan kerja sebagai satu pasukan dan semangat kekitaan yang jitu dalam merealisasikan apa yang hendak dicapai dan dituju.
Akhir kata saya yakin dan percaya bahawa semua guru, staf sokongan, pekerja swasta dan murid akan meneruskan langkah kejayaan yang telah dirintis untuk menjadikan SK Taman Jana lebih mantap, terkenal dan ternama. Masa hadapan SK Taman Jana akan bersama-sama kita jadikan lebih baik dari hari ini.
|
|
| Last Updated ( Friday, 01 January 2010 ) |
















Kenali SKTJ 


