Program anjuran Double PR Networks dan Pasaraya Hari-Hari telah berlangsung pada 6 Julai 2010. Pelbagai aktiviti yang menarik diadakan antaranya persembahan murid serta artis Hari-Hari, pertandingan rekacipta bahan terbuang, kuiz serta aktiviti utama menanam pokok. Program ini bermatlamat untuk mendidik para pelajar mencintai alam sekitar serta berusaha mengekalkan kewujudannya.